Tuesday, August 28, 2007

Aieza

Inilah dia gambar terbaru Aieza yang selalu menceriakan hari-hariku. Semoga sukses di dalam kerjaya dan syukurlah, majlis pelancaran laman web dan countdown SUKMA XII Terengganu 2008 telah berjaya disempurnakan... Tahniah!

Wednesday, August 22, 2007

Review 'Cincin Delima'

Inilah kali pertama iza n adik2 membaca novel keluaran KarnaDya..Novelnya agak bagus juga.
Walau pun novel ini hanya imaginasi semata-mata,tetapi banyak pengajaran yang kitorg dapat.Contohnya,Qayyum yang menolong K'Jue n hormat pada ibu bapanya.Tak dinafikan sekarang ni banyak p'kara b'laku pada anak2 remaja yang tak mendapat kasih sayang daripada keluarganya.
Jalan ceritanya agak menarik juga tetapi perlu baiki lagi dari segi bahasa n jalan cerite supaya pembaca lebih minat untuk mengetahui cerita selanjutnya.Akak pun kena perhatikan betul2 dari segi ejaannya... Secara keseluruhannya kitorg bagi *** .
Dalam banyak2 cover novel keluaran KarnaDya,novel akak yang paling cantik n menarik.Tambah2 lagi warna kegemaran iza.Smoga keluran novel akan datang lebih bagus daripada novel yang pertama...
Kami sentisa mendoakan akak akan menjadi seorg penulis terkenal suatu hari nanti..Iza akan sentiasa bagi sokongan pada akak...

Salam Sayang,
Iezza, Wanie & C-kin
~Terima kasih buat adik-adik di TDI kerana sudi membaca dan memberi ulasan +ve, Kak Dewi akan terus berusaha menghasilkan karya yang lebih bagus. Semoga kamu semua terhibur dan mendapat manfaat daripadanya.

Monday, August 20, 2007

Nopen 'Biarlah Ku Sendiri"

Biarlah Ku Sendiri memuatkan tujuh kisah menarik daripada penulis-penulis kreatif tanah air yang berpengalaman. Kisah-kisah di dalam buku ini tidak terlalu panjang, namun padat dengan plot-plot yang pastinya membuatkan anda terus membaca. Ada yang berunsur lucu, ada yang bersifat lebih serius, ada juga yang sedih, tetapi semestinya menghiburkan dan menyentuh perasaan.


Biarlah Ku Sendiri
(berbentuk novel pendek atau NOPEN) mampu menjadi teman anda ketika anda sedang bersantai, berehat dengan ahli keluarga, atau sedang berada dalam bas, kapal terbang, keretapi atau tren komuter, menuju ke destinasi anda.


Jadikan buku ini teman baik anda di mana jua anda berada!

Tuesday, August 14, 2007

Pantun dari Temasek

Gembira hati ku tidak terperi
Kiriman dari seberang sudah ku terima
Hanya ucapan terimakasih mampu lyz beri
Buat sahabat Ku sayang..Dewi Sukma

Bersiar2 di kota Melaka
Walau berjam jalan tetap tak penat
Pasti Dewi gembira belaka
Akhirnya Cincin Delima menemui peminat

Orang kampung menuai padi
Padi dituai di tepi perigi
Terimakasih daun keladi
Kalau ada buku baru..kasi la lagi..hehehe

Bunga teluki diikat tali
Kembang sekuntum cantik berseri
Terima kasih kutitip kembali
Buatmu sahabat bijak bestari
~dewisukma~

Friday, August 10, 2007

Promosi Ogos'07 di MPH

PADA hari Ahad, 26hb Ogos ini, KarnaDya akan bersama-sama MPH di Alamanda, Putrajaya (Central Court) untuk sesi bertemu peminat. Anda semua dijemput hadir untuk bertemu penulis2 KarnaDya di sana. Sesi itu akan dijalankan dari pukul 2 hingga 4 petang.
Pastikan anda mendapatkan autograf penulis-penulis kesayangan anda!

Cuti Sekolah bersama KarnaDya
KarnaDya Solutions - Saturday, 11 August 2007

My Profil

My photo
Kota Kayangan, Wilayah Buana, Malaysia
~digelar Dewi Sukma di V Zuhrah, SMTU '88 ~penggemar novel cinta, misteri dsb ~suka b'khayal & b'borak sakan w'pun nampak mcm pendiam ~penulis novel remaja n cinta!
©2007 '' Por Elke di Barros