Saturday, May 5, 2012

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012, PWTC.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wr. wb. Terima kasih dan sejuta penghargaan kepada semua yang masih sudi mengunjungi blog ini.

Walaupun pesta buku kian hampir ke penghujung namun masih ada 1 hari lagi. Esok, Ahad 6 Mei 2012 merupakan hari terakhir. Justeru, belum terlambat untuk para peminat buku untuk mendapatkan buku-buku idaman anda dengan harga diskaun yang sangat menarik.

Jangan lupa dapatkan buku-buku karya Cik DS di sana ya.



Cik DS ambil sedikit kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembeli buku, Insyirah dan Angan-Angan. Semoga buku ini dapat membentuk anak-anak kita agar sentiasa berperibadi mulia.

Salam sayang...

DS

Insyirah dan Angan-Angan ~ Buku Prima

Insyirah dan Angan-angan

RM 9.90
ISBN: 978-967-0342-31-3
~48 hlm
Bahasa Melayu

Buku ini mengisahkan keletah Insyirah dan angan-angannya. Macam-macam yang dia mahu. Terlalu banyak! Tetapi, apa yang ada dalam angan-angannya itu?

Bukan tidak bagus berangan-angan cuma adakalanya akan membuatkan kita leka. Jadi adik-adik, mari ikuti kisah Insyirah di dalam buku comel ini.
Dipasarkan oleh Buku Prima, Grup Buku Karangkraf mulai pada 15 Mac 2012.

My Profil

My photo
Kota Kayangan, Wilayah Buana, Malaysia
~digelar Dewi Sukma di V Zuhrah, SMTU '88 ~penggemar novel cinta, misteri dsb ~suka b'khayal & b'borak sakan w'pun nampak mcm pendiam ~penulis novel remaja n cinta!
©2007 '' Por Elke di Barros