Friday, August 27, 2010

APC ~ Sedutan Bab 1

Salam Ramadhan. DS tampal sedikit sedutan dari Bab 1, Aku Punya Cinta...
Pesan mini novella ini secara online di order@fajarnovels.com.my

*****
Kuperhatikan sahaja kelakuan mak yang terus melabuhkan punggungnya di birai katil. Wajahnya mendung. Bagaikan ada awan kelabu yang berarak lesu pada sekitar wajah tuanya itu. Aku pun, apa kurangnya, kan?
“Mak... kenapa? Mak ada masalah ke?” Aku ajukan pertanyaan dengan intonasi suara yang paling lembut. Timbul pula rasa keinsafan di benakku ini. Kata orang, sudah gaharu cendana pula.
“Ah...” keluhnya.
Kali ini, dia pula yang asyik memerhati paras wajahku yang jelas terpamer kesembapan dan kesugulan, kesan-kesan kedukaan semusim hidupku. Sudah terlalu lama aku memendam perasaan dan menjerut diri sendiri. Banyak sangat kenangan silam yang sentiasa bermain-main di ruang fikiran.
Serentak dengan itu, anak mata terus kularikan ke bawah. Tertunduk bagaikan mengiakan sahaja segala tanggapan mak.
*****
“NABIHAH!!!” laung mak dengan kuat. Siap nama penuh lagi. Suaranya yang serak-serak basah itu sudah jadi berkali-kali ganda besarnya seperti memakai pembesar suara. Kali ini, aku benar-benar terkejut sehingga terloncat dari katil.
“Ya Allah! Kenapa dengan mak ni? Macamlah Biha ni duduk jauh sangat sampai mak nak terpekik terlolong macam itu!” kataku seraya memicit-micit pinggangku yang terasa sengal.
“Eh budak ni, memang nak kena piat telinga tu! Kita bercakap dengan dia sampai berbuih-buih mulut, dia buat-buat tak tahu pulak! Kau dengar tak?”
Kening dan dahiku terus berkerut-kerut cuba mengingati semula dialog panjang mak sebentar tadi.
“Dengar apa, mak?” soalku terus.
“Tengok! Lain kali, masa orang bercakap, dengar betul-betul! Kau ni dah nak jadi menantu orang, Biha. Kau mesti dengar baik-baik apa yang suami, ayah dan emak mertua kau cakap nanti.” Amarannya kedengaran.
“Hmm... Biha tahulah. Mak ni... saja aje nak buat Biha takut,” gumamku. “Biha dah biasa dengan mereka. Gerenti tak ada masalah punya.” Aku cuba berseloroh untuk mengambil hatinya.

Sunday, August 8, 2010

Friday, May 14, 2010

Selamat Hari Guru

Sekuntum ros merah buat para guru yang pernah memberi didikan, dorongan dan tunjuk ajar yang tak berbelah bagi kepadaku. Tanpa mengenal jemu. Pengorbananmu tiada galang gantinya. Terima kasih diucapkan, jasamu tetap dikenang selagi hayat dikandung badan.

Friday, April 30, 2010

Peace!

Langit cerah hakiki. Terdengar suara kicauan burung sungguh riang mengalunkan lagu jiwa. Bayu berpuput syahdu. Dedaunan melambai-lambai sesekali terlentok ke bahu. Rumput kian hijau, subur di bumi. Jika hujan merintik, semuanya jadi sepi... namun keamanan tetap milik bersama!

Tuesday, March 9, 2010

PBAKL 2010 di PWTC

Jadual Penulis PBAKL 2010:

20 Mac - Ainon Zaini, Antasya Balqis, Zara Aluwi, Dinaz Salsabila, Qaseh Qaisara, Sarnia Yahya

21 Mac - Hanny Esandra, Eizda Amani, Ebriza Aminnudin, Bikash Nur Idris, Salleh Shihabuddin

27 Mac - Eny Ryhanna, Adah Hamidah, Hatta Nuharis, Eisya Aqila

28 Mac - Teja Irzara, Ellis Gee

Booth FP: C15A , C13, C14, C15, C15B

Tuesday, January 26, 2010

Aku Punya Cinta

Salam. Hari ini teka-teki dah terjawab. Inilah dia wajah mini novella terbaru FP milik DS. Diharap karya comel ini dapat menawan hati para pembaca, kaki novel, ulat buku dan semuanyalah!

Bakal berada di pasaran tak lama lagi jadi, bertenang dulu, simpan duit di kocek dan gerenti tak mahal pun... RM8.90 aje!

Nabihah, impiannya mahu memajukan diri dan keluarga. Namun, nasib tidak menyebelahi hanya kerana opahnya. Pinangan Roslan terpaksa diterima walaupun dia punya cinta sendiri. Reda dengan segala kehendak, doa tidak pernah terputus agar dua keping hati dicantum dan tidak jemu dia menunggu kepulangan Roslan.

Roslan, sukanya kepada Nabihah semenjak mereka kecil lagi. Namun setelah melangkah ke luar, dunia sekangkang keranya, dia mula berubah. Hatinya mula ditambat seseorang. Bagaimana dengan Nabihah?

Iman Hasbullah, dia sentiasa bersama Nabihah. Sentiasa menyejukkan hati itu ketika panas dan sentiasa menemani di kala sepi. Rasa senang bersama gadis itu tidak dapat digambarkan. Namun, hanya kerana satu perkara, dia harus berundur. Masa berlalu namun suara hatinya tetap tidak berubah, malah tidak mampu diubah lagi.

Sunday, January 17, 2010

A.P.C.

Sebuah bingkisan comel akan muncul pada bila-bila masa, A.P.C. tajuknya. Sama-sama kita tunggu dan tataplah sepuas-puasnya. Kalau tak puas jugak, alahai.. tak taulah nak kata apa!
Powered By Blogger

My Profil

My photo
Kota Kayangan, Wilayah Buana, Malaysia
~digelar Dewi Sukma di V Zuhrah, SMTU '88 ~penggemar novel cinta, misteri dsb ~suka b'khayal & b'borak sakan w'pun nampak mcm pendiam ~penulis novel remaja n cinta!
©2007 '' Por Elke di Barros