Wednesday, August 3, 2011

Novel Baru DS @ FP ~ Jom Kayuh.. Jom Beli!

ISBN: 978-967-365-077-4
Sem. Malaysia: RM10.90
Sabah/Sarawak: RM13.90


“Berapa harganya, Qimi?” soal Aiman, ingin tahu sambil membelek-belek basikal Qimi yang ternyata lebih baru berbanding basikalnya.

“Kau ada duit ke, Aiman?” Harraz menyoalnya pula.

Aiman mendengus. Namun dia cepat-cepat sedar bahawa pertanyaan Harraz itu memang relevan. Jika tiada duit, tidak usahlah berangan-angan tinggi!

Aiman memang juara kayuh. Sebut saja aksi apa, kayuh tanpa pegang pemegang, berdiri atas basikal, angkat tayar depan, semuanya boleh! Tapi tanpa disangka satu malam berlaku satu musibah yang mampu menyedarkannya.

Daripada kayuh ke sana sini, ada baiknya mereka bekerja sambilan dalam cuti sekolah ini bagi mengumpul tabung kumpulan mereka. Buah fikiran Aiman itu dipersetujui rakannya, Qimi, Nazrul, Irfan dan Harraz. Puas berfikir akhirnya mereka sepakat mahu menjual roti yang dihasilkan oleh Mak Cik Salina, ibu kepada salah seorang rakan Aiman. Tapi daripada duit komisen yang tidak seberapa itu mampukan Aiman merealisasikan impiannya membeli basikal sendiri tanpa menyusahkan ayahnya? Tapi persoalan terbesar, apakah ayahnya akan membenarkan Aiman bekerja dan membeli basikal baru?

Wednesday, June 29, 2011

FP Junior ~ Akan Datang

Yeay, wajahnya sudah muncul di blog FP! Syukur alhamdulillah..


p/s: Geng Jom Kayuh aka D'Rempit Junior bakal membuat kecoh di sana sini!

Sunday, April 10, 2011

30th KLIBF 2011

30th Kuala Lumpur International Book Fair

Books : World Without Borders

22th April - 1st May 2011

10am - 9pm

PWTC, Kuala Lumpur, Malaysia.



~Jom semua, kita serbu!!!

Thursday, December 23, 2010

Pesta Buku Kanak-kanak KL 2010

Salam semua. 'Saya Pencinta Buku' ~ slogan untuk tahun ini, julung kalinya diadakan. Jika ada masa, pergilah ke PWTC dan dapatkan novel awal remaja tulisan DS di booth KarnaDya!

Pergi, jangan tak pergi tau!!!

Friday, December 3, 2010

Salam Maal Hijrah ~ 1432H



Marilah kita sama-sama tanamkan azam untuk berhijrah. Hijrah yang membawa maksud, beralih dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Sudah tentulah tahap yang lebih baik. Sebagai seorang muslim/muslimah, kita manfaatkan setiap masa yang berdetik, terus merancang kehidupan agar lebih teratur dan mencapai objektif tertentu misalnya ingin berjaya dalam peperiksaan atau apa sahaja. Semoga segala urusan dipermudahkan dan setiap amalan kita mendapat ganjaran yang setimpal dan diberkati oleh-Nya.

Tuesday, November 23, 2010

Hari Ulang Tahun DS

23 Nov hari ulang tahun DS. Banyak ucapan yg diterima di FB. Jika sudi, add DS di link FB ini..

http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000419119278

Thursday, November 18, 2010

Utusan Rindu

Salam Aidiladha. Dah lama juga tiada novel baru. Bukan dah berhenti terus jadi penulis cuma tak aktif macam dulu-dulu. Sebab ilham tak datang selalu. Bila ada, tulis. Bila tak ada, termenung aje.
Untuk siapkan sebuah manuskrip juga memakan masa. Tak semestinya kita terus hantar tapi perlu disemak berulang-ulang kali untuk memperbaiki atau membetulkan segala kesilapan 'typing error'.
Kadang-kadang olahan 'kureng' jadi kenalah mantapkan terlebih dahulu. Kalau boleh, nak buat yang sehabis baik dan sesempurna mungkin agar pihak editor tak pening kepala sewaktu membuat pembacaan.

Menulis dan membaca adalah dua perkara yang berbeza terutama daripada sudut pandangan masing-masing. DS pernah mengutuk diri sendiri sebab mengarang ayat yang terlalu berbelit-belit.
DS pun sebetulnya, takut dengan editor. Maklum aje, DS tak mahir berbahasa dan menulis sekadar mengikut citarasa sendiri. Pun demikian, kerja seorang editor bukan mudah. Mereka memikul tanggungjawab yang amat berat. Untuk itu, DS ambil kesempatan di sini menzahirkan penghargaan yang tinggi buat mereka. Terima kasih banyak-banyak!
p/s: cantik gambar ni, ada flying loves.. tentu cantik jika diabadikan di kulit novel DS.. hehe!
Powered By Blogger

My Profil

My photo
Kota Kayangan, Wilayah Buana, Malaysia
~digelar Dewi Sukma di V Zuhrah, SMTU '88 ~penggemar novel cinta, misteri dsb ~suka b'khayal & b'borak sakan w'pun nampak mcm pendiam ~penulis novel remaja n cinta!
©2007 '' Por Elke di Barros