Tuesday, October 23, 2012
Salam Rindu Cinta Hati DS
Bismillahirrahmanirrahim. Rindu-rindu-rindu! Lama sudah tak jengok blog Cik DS ini... Maaf banyak-banyak, cik puan rumah sibuk yang amat... Konon! Tentu semuanya dah maklum dengan kelahiran novel dewasa bertajuk, Cinta Hati Cikgu Rabbit.
Sedikit info, wajah Cik DS dah masuk paper! Whoops, bukan paper betul tapi, berita di ruangan blogger... Penulis Sana Sini.
TQVM, pezul (wartawan/penulis yang super gigih). Satu usaha murni & wajar diteruskan pada masa akan datang.
Ini linknya,
http://penulisanasini.blogspot.com/2012/10/cinta-hati-dinaz-salsabila-wajah.html
Miliki novel CHCR secepat yang mungkin sebelum kehabisan stok... Sayang uols!
Saturday, May 5, 2012
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012, PWTC.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wr. wb. Terima kasih dan sejuta penghargaan kepada semua yang masih sudi mengunjungi blog ini.
Walaupun pesta buku kian hampir ke penghujung namun masih ada 1 hari lagi. Esok, Ahad 6 Mei 2012 merupakan hari terakhir. Justeru, belum terlambat untuk para peminat buku untuk mendapatkan buku-buku idaman anda dengan harga diskaun yang sangat menarik.
Jangan lupa dapatkan buku-buku karya Cik DS di sana ya.
Cik DS ambil sedikit kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembeli buku, Insyirah dan Angan-Angan. Semoga buku ini dapat membentuk anak-anak kita agar sentiasa berperibadi mulia.
Salam sayang...
DS

Insyirah dan Angan-Angan ~ Buku Prima
Insyirah dan Angan-angan
RM 9.90
ISBN: 978-967-0342-31-3
~48 hlm
Bahasa Melayu
Buku ini mengisahkan keletah Insyirah dan angan-angannya. Macam-macam yang dia mahu. Terlalu banyak! Tetapi, apa yang ada dalam angan-angannya itu?
Bukan tidak bagus berangan-angan cuma adakalanya akan membuatkan kita leka. Jadi adik-adik, mari ikuti kisah Insyirah di dalam buku comel ini.
Dipasarkan oleh Buku Prima, Grup Buku Karangkraf mulai pada 15 Mac 2012.

Saturday, September 10, 2011
Wednesday, August 3, 2011
Novel Baru DS @ FP ~ Jom Kayuh.. Jom Beli!
ISBN: 978-967-365-077-4Sem. Malaysia: RM10.90
Sabah/Sarawak: RM13.90
“Berapa harganya, Qimi?” soal Aiman, ingin tahu sambil membelek-belek basikal Qimi yang ternyata lebih baru berbanding basikalnya.
“Kau ada duit ke, Aiman?” Harraz menyoalnya pula.
Aiman mendengus. Namun dia cepat-cepat sedar bahawa pertanyaan Harraz itu memang relevan. Jika tiada duit, tidak usahlah berangan-angan tinggi!
Aiman memang juara kayuh. Sebut saja aksi apa, kayuh tanpa pegang pemegang, berdiri atas basikal, angkat tayar depan, semuanya boleh! Tapi tanpa disangka satu malam berlaku satu musibah yang mampu menyedarkannya.
Daripada kayuh ke sana sini, ada baiknya mereka bekerja sambilan dalam cuti sekolah ini bagi mengumpul tabung kumpulan mereka. Buah fikiran Aiman itu dipersetujui rakannya, Qimi, Nazrul, Irfan dan Harraz. Puas berfikir akhirnya mereka sepakat mahu menjual roti yang dihasilkan oleh Mak Cik Salina, ibu kepada salah seorang rakan Aiman. Tapi daripada duit komisen yang tidak seberapa itu mampukan Aiman merealisasikan impiannya membeli basikal sendiri tanpa menyusahkan ayahnya? Tapi persoalan terbesar, apakah ayahnya akan membenarkan Aiman bekerja dan membeli basikal baru?

Wednesday, June 29, 2011
Sunday, April 10, 2011
30th KLIBF 2011
30th Kuala Lumpur International Book Fair
Books : World Without Borders
22th April - 1st May 2011
10am - 9pm
PWTC, Kuala Lumpur, Malaysia.
~Jom semua, kita serbu!!!
Books : World Without Borders
22th April - 1st May 2011
10am - 9pm
PWTC, Kuala Lumpur, Malaysia.
~Jom semua, kita serbu!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
My Profil
- dS
- Kota Kayangan, Wilayah Buana, Malaysia
- ~digelar Dewi Sukma di V Zuhrah, SMTU '88 ~penggemar novel cinta, misteri dsb ~suka b'khayal & b'borak sakan w'pun nampak mcm pendiam ~penulis novel remaja n cinta!