Friday, December 28, 2007

Review 'Cincin Delima' & 'Supermanku' di BH 29-12-2007



Buku: Cincin puteri duyung

CINCIN Delima karya Dewi Sukma mengisahkan gelodak jiwa remaja, Qayyum yang melarikan diri untuk mencari kehidupan sebenar kerana dikongkong ibu bapa yang sibuk bekerja sehingga membawa kepada pertemuannya dengan puteri duyung, Gusti Dewi Delimasari di dasar lautan.

Novel terbitan KarnaDya Solutions Sdn Bhd setebal 163 halaman berharga RM 11.90 ini turut membongkar rahsia Tok Pah di sebalik perjanjian cincin delima lambang ikatan pertunangan antara cucunya Cikgu Zahim dan Siti Zulaikha yang menjadi penyebab wanita itu memutuskan ikatan kekeluargaan akibat kehilangan cincin berkenaan di lautan.


Bintang: **




Kisah budak nakal angan jadi Superman

Novel remaja terbitan KarnaDya Solutions Sdn Bhd setebal 148 halaman berharga RM10.90 senaskhah itu, memberi kekuatan kepada emosi remaja yang mengharungi zaman keremajaan penuh dengan segala suka duka sehingga mengukuhkan kasih sayang antara anak dan ibu bapa, sekali gus menjadikannya sesuai dibaca oleh remaja.



INFO: Supermanku

Pengarang: Nanie Safwan
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Halaman: 148 halaman
Harga: RM10.90 senaskhah
Bintang: ***

Nanie Safwan cedok pengalaman zaman kanak-kanak suami WAN Rosnani Wan Othman anak kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu pada 26 April 1963, mendapat pendidikan awal dan menengah di Sekolah Kebangsaan Duyung serta Sekolah Menengah Batu Baru, Terengganu sebelum melanjutkan pengajiannya ke Institut Pertanian, Ayer Hitam, Johor pada 1982. Beliau yang menggunakan nama pena seperti Mimie Afine dan Nanie Safwan serta bertugas di sebuah agensi kerajaan di Kuala Lumpur, mula terbabit dalam bidang penulisan pada 2003 lewat novel 'Bisikan Rindu'. Selepas kemunculan karya sulung itu, Wan Rosnani menghasilkan novel 'Masih Ada Rindu', 'Maafkanku Sayang', 'Tinggallah Pujaan' dan novel pendek (nopen) 'Biarlah Ku Sendiri' yang turut menghimpunkan koleksi tulisan beberapa penulis lain.
'Supermanku' adalah novel remaja pertama beliau yang diambil berdasarkan pengalaman zaman kanak-kanak suaminya dengan menyelitkan unsur konflik dalam plot yang berkisar remaja nakal. selain turut memaparkan unsur pengajaran kepada pembaca. Karya beliau yang disasarkan kepada pelajar sekolah itu, mengungkapkan kepentingan berusaha untuk mencapai kejayaan dan faktor dorongan ibu bapa yang turut memainkan peranan penting sebagai pembimbing anak ke arah kecemerlangan. Wan Rosnani yang turut gemar membaca karya penulis lain, lebih menumpukan penulisan bertemakan kekeluargaan dengan idea menarik yang turut diambil daripada pengalaman orang sekeliling, selain menyelitkan masalah keluarga yang sering dipaparkan di media cetak tetapi diolah secara kreatif dalam karya.

Monday, December 3, 2007

Promo 'Anakonda'

Gadis 'kiut' dari Kota Singa itu tetap tabah dan bersedia menyahut apa jua bentuk cabaran biarpun acapkali digelar gorilla, gergasi, anakonda... hah!?! Tak pasal-pasal ada yang nak kena penampar sulung - cop mohor yang paling besar... AWAS!!!

Pengalaman demi pengalaman dipetiknya satu persatu, ibarat buah yang bergantungan di dahan pokok. Pun demikian, dia tidak terlepas daripada membuat kesalahan dan akhirnya terperangkap dalam satu tragedi.

Lantas, membawa kepada penemuan semula dengan Tok Bidin - seorang pendekar yang semakin dilupakan jasa dan pengorbanannya bersama se‘orang’ rakan baiknya bernama Seman.

Di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung! :)

Tuesday, November 27, 2007

Sunday, November 4, 2007

MSS Kedua? Tunggu!

Lamanya tak update blog kesayangan dewi ini! Ada yang bertanya, bila dewi hendak sambung cerita Cincin Delima? Hmm.. entahlah sebab dewi tidak suka menyambung cerita yang sudah habis. Lagipun, misteri Cincin Delima sudah terbongkar dan masalah keluarga yang timbul juga turut terungkai.

Buat masa ini, manuskrip terbaru sudahpun selamat duduk di barisan novel-novel yang bakal diterbitkan oleh KarnaDya bertajuk, 'Anakonda'. Khabarnya, ia telahpun diluluskan. Kali ini, dewi tampilkan watak utama seorang gadis remaja berasal dari Pulau Temasek.
Apa misterinya gadis ini? Err.. mungkin dia begitu istimewa di kalangan rakan-rakannya terutama Khalix!
Di sini dewi tampal beberapa sms yang diterima daripada rakan blogger yang memang jambu hehe.. Mama Jambu dari Pulau Temasek yang sudah membaca karya sulung dewi.. Cincin Delima,

"Salam dewi, tahniah.. cincin delima mmg bestlah! Mama br abis bc.. wow! X sangka, bolehlah buat nvl dewasa plak! Anak mama dah bc dulu.. dia kata best, sbb mama ni x de masa nk bc.. bz sikit.. bila dia ckp best, teruja nk bc walaupun bz.. byk lg nvl x abis bc kena tangguh lepas raya!"

~Terima kasih, mama di atas sokongan dan persahabatan
yang terjalin di antara kita sungguh indah,
luv u always..

Tuesday, August 28, 2007

Aieza

Inilah dia gambar terbaru Aieza yang selalu menceriakan hari-hariku. Semoga sukses di dalam kerjaya dan syukurlah, majlis pelancaran laman web dan countdown SUKMA XII Terengganu 2008 telah berjaya disempurnakan... Tahniah!

Wednesday, August 22, 2007

Review 'Cincin Delima'

Inilah kali pertama iza n adik2 membaca novel keluaran KarnaDya..Novelnya agak bagus juga.
Walau pun novel ini hanya imaginasi semata-mata,tetapi banyak pengajaran yang kitorg dapat.Contohnya,Qayyum yang menolong K'Jue n hormat pada ibu bapanya.Tak dinafikan sekarang ni banyak p'kara b'laku pada anak2 remaja yang tak mendapat kasih sayang daripada keluarganya.
Jalan ceritanya agak menarik juga tetapi perlu baiki lagi dari segi bahasa n jalan cerite supaya pembaca lebih minat untuk mengetahui cerita selanjutnya.Akak pun kena perhatikan betul2 dari segi ejaannya... Secara keseluruhannya kitorg bagi *** .
Dalam banyak2 cover novel keluaran KarnaDya,novel akak yang paling cantik n menarik.Tambah2 lagi warna kegemaran iza.Smoga keluran novel akan datang lebih bagus daripada novel yang pertama...
Kami sentisa mendoakan akak akan menjadi seorg penulis terkenal suatu hari nanti..Iza akan sentiasa bagi sokongan pada akak...

Salam Sayang,
Iezza, Wanie & C-kin
~Terima kasih buat adik-adik di TDI kerana sudi membaca dan memberi ulasan +ve, Kak Dewi akan terus berusaha menghasilkan karya yang lebih bagus. Semoga kamu semua terhibur dan mendapat manfaat daripadanya.

Monday, August 20, 2007

Nopen 'Biarlah Ku Sendiri"

Biarlah Ku Sendiri memuatkan tujuh kisah menarik daripada penulis-penulis kreatif tanah air yang berpengalaman. Kisah-kisah di dalam buku ini tidak terlalu panjang, namun padat dengan plot-plot yang pastinya membuatkan anda terus membaca. Ada yang berunsur lucu, ada yang bersifat lebih serius, ada juga yang sedih, tetapi semestinya menghiburkan dan menyentuh perasaan.


Biarlah Ku Sendiri
(berbentuk novel pendek atau NOPEN) mampu menjadi teman anda ketika anda sedang bersantai, berehat dengan ahli keluarga, atau sedang berada dalam bas, kapal terbang, keretapi atau tren komuter, menuju ke destinasi anda.


Jadikan buku ini teman baik anda di mana jua anda berada!

Powered By Blogger

My Profil

My photo
Kota Kayangan, Wilayah Buana, Malaysia
~digelar Dewi Sukma di V Zuhrah, SMTU '88 ~penggemar novel cinta, misteri dsb ~suka b'khayal & b'borak sakan w'pun nampak mcm pendiam ~penulis novel remaja n cinta!
©2007 '' Por Elke di Barros