Tuesday, January 26, 2010

Aku Punya Cinta

Salam. Hari ini teka-teki dah terjawab. Inilah dia wajah mini novella terbaru FP milik DS. Diharap karya comel ini dapat menawan hati para pembaca, kaki novel, ulat buku dan semuanyalah!

Bakal berada di pasaran tak lama lagi jadi, bertenang dulu, simpan duit di kocek dan gerenti tak mahal pun... RM8.90 aje!

Nabihah, impiannya mahu memajukan diri dan keluarga. Namun, nasib tidak menyebelahi hanya kerana opahnya. Pinangan Roslan terpaksa diterima walaupun dia punya cinta sendiri. Reda dengan segala kehendak, doa tidak pernah terputus agar dua keping hati dicantum dan tidak jemu dia menunggu kepulangan Roslan.

Roslan, sukanya kepada Nabihah semenjak mereka kecil lagi. Namun setelah melangkah ke luar, dunia sekangkang keranya, dia mula berubah. Hatinya mula ditambat seseorang. Bagaimana dengan Nabihah?

Iman Hasbullah, dia sentiasa bersama Nabihah. Sentiasa menyejukkan hati itu ketika panas dan sentiasa menemani di kala sepi. Rasa senang bersama gadis itu tidak dapat digambarkan. Namun, hanya kerana satu perkara, dia harus berundur. Masa berlalu namun suara hatinya tetap tidak berubah, malah tidak mampu diubah lagi.

Sunday, January 17, 2010

A.P.C.

Sebuah bingkisan comel akan muncul pada bila-bila masa, A.P.C. tajuknya. Sama-sama kita tunggu dan tataplah sepuas-puasnya. Kalau tak puas jugak, alahai.. tak taulah nak kata apa!

Tuesday, November 24, 2009

Karya DS Terbaru ~ Hati Emas


Sinopsis:
.
Tiba-tiba sahaja Syamel (Amel) si kaki bangku teringin menjadi bintang bola sepak kampung seperti abang-abangnya, Syahir dan Syafiq. Namun, malang tidak berbau - impiannya terkubur setelah dilanggar oleh lori pasir. Kini, dirinya sudah tidak sempurna lagi malah lagaknya tidak ubah seperti budak-budak kecil sahaja.
.
Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga - Syahir terpaksa berkorban demi keluarga. Atas desakan emosi, Syafiq pula terjebak dengan jenayah. Ibu mereka, Mak Cik Habsah mencari alternatif lain setelah bergelar ibu tunggal tanpa mengharapkan ihsan daripada sesiapa.
.
Damia dan papanya, Profesor Marzuki dengan secara tidak langsung telah terbabit sama dalam kemelut yang melanda. Damia membenci Firdaus, budak kampung yang suka berlagak hero. Dia juga menjadi penyebab kepada kecacatan Amel.
.
Berjayakah mereka harungi kehidupan yang kian mencabar? Ikutilah rentetan kisah hidup mereka yang tentunya terselit sketsa lucu yang mencuit hati. Tak sabar rasanya nak tengok Amel pulih semula, kan?

Monday, November 23, 2009

FP Terkini

Salam semua... Wah, cantiknya poster ni... Tahniah buat rakan-rakan DS!

Paling seronok ketika masuk web blog FP hari ni, terasa diri begitu dihargai dengan entri khas yang comel diiringi poster istimewa serta ucapan yang diterima daripada rakan-rakan penulis... Hmm... inilah memori paling indah dalam hidup DS!
Terima kasih dan semoga doa kalian dimakbulkan-Nya.

Thursday, November 12, 2009

Tuesday, October 27, 2009

Pesta Buku Antarabangsa KL 2010

Pesta buku lagi! Tentu semua pengunjung blog ini dah nampak poster ini ditampal di lain-lain blog. Hmm... macam tak percaya aje, sekejap betul! Penat hari tu pun belum hilang lagi. Namun semangat berpesta buku ini tetap kuat. Kalau tengok kat tarikh tu, macam dah cantik sebab diadakan pada penghujung cuti sekolah. Cuma, masalahnya DS dah ada rancangan lain pada cuti sekolah tahun depan bermula 13 Mac. Hmm... dapat ke DS bertandang ke PWTC nanti? DS ni dijemput ke tak sebagai penulis? Dan, masih ada ke yang nak jumpa DS? Alahai...
Sahutlah kempen kerajaan, 'Bangsa Membaca Bangsa Berjaya'.


Gambar DS di PWTC, 2009.

.

p/s: Tak lama lagi novel baru DS akan menemui para pembaca cilik, err... mak dan ayah pun boleh gak nak tumpang baca... hehe! Tajuk sementaranya, Hati Emas. Tunggu ya!

Powered By Blogger

My Profil

My photo
Kota Kayangan, Wilayah Buana, Malaysia
~digelar Dewi Sukma di V Zuhrah, SMTU '88 ~penggemar novel cinta, misteri dsb ~suka b'khayal & b'borak sakan w'pun nampak mcm pendiam ~penulis novel remaja n cinta!
©2007 '' Por Elke di Barros