23 Nov hari ulang tahun DS. Banyak ucapan yg diterima di FB. Jika sudi, add DS di link FB ini..
http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000419119278
Tuesday, November 23, 2010
Thursday, November 18, 2010
Utusan Rindu

Salam Aidiladha. Dah lama juga tiada novel baru. Bukan dah berhenti terus jadi penulis cuma tak aktif macam dulu-dulu. Sebab ilham tak datang selalu. Bila ada, tulis. Bila tak ada, termenung aje.Untuk siapkan sebuah manuskrip juga memakan masa. Tak semestinya kita terus hantar tapi perlu disemak berulang-ulang kali untuk memperbaiki atau membetulkan segala kesilapan 'typing error'.
Kadang-kadang olahan 'kureng' jadi kenalah mantapkan terlebih dahulu. Kalau boleh, nak buat yang sehabis baik dan sesempurna mungkin agar pihak editor tak pening kepala sewaktu membuat pembacaan.
Menulis dan membaca adalah dua perkara yang berbeza terutama daripada sudut pandangan masing-masing. DS pernah mengutuk diri sendiri sebab mengarang ayat yang terlalu berbelit-belit.
Menulis dan membaca adalah dua perkara yang berbeza terutama daripada sudut pandangan masing-masing. DS pernah mengutuk diri sendiri sebab mengarang ayat yang terlalu berbelit-belit.
DS pun sebetulnya, takut dengan editor. Maklum aje, DS tak mahir berbahasa dan menulis sekadar mengikut citarasa sendiri. Pun demikian, kerja seorang editor bukan mudah. Mereka memikul tanggungjawab yang amat berat. Untuk itu, DS ambil kesempatan di sini menzahirkan penghargaan yang tinggi buat mereka. Terima kasih banyak-banyak!
Wednesday, September 8, 2010
Dah raya... Yeay!
Friday, August 27, 2010
APC ~ Sedutan Bab 1
Salam Ramadhan. DS tampal sedikit sedutan dari Bab 1, Aku Punya Cinta...Pesan mini novella ini secara online di order@fajarnovels.com.my
Kuperhatikan sahaja kelakuan mak yang terus melabuhkan punggungnya di birai katil. Wajahnya mendung. Bagaikan ada awan kelabu yang berarak lesu pada sekitar wajah tuanya itu. Aku pun, apa kurangnya, kan?
“Mak... kenapa? Mak ada masalah ke?” Aku ajukan pertanyaan dengan intonasi suara yang paling lembut. Timbul pula rasa keinsafan di benakku ini. Kata orang, sudah gaharu cendana pula.
“Ah...” keluhnya.
Kali ini, dia pula yang asyik memerhati paras wajahku yang jelas terpamer kesembapan dan kesugulan, kesan-kesan kedukaan semusim hidupku. Sudah terlalu lama aku memendam perasaan dan menjerut diri sendiri. Banyak sangat kenangan silam yang sentiasa bermain-main di ruang fikiran.
Serentak dengan itu, anak mata terus kularikan ke bawah. Tertunduk bagaikan mengiakan sahaja segala tanggapan mak.

*****
“NABIHAH!!!” laung mak dengan kuat. Siap nama penuh lagi. Suaranya yang serak-serak basah itu sudah jadi berkali-kali ganda besarnya seperti memakai pembesar suara. Kali ini, aku benar-benar terkejut sehingga terloncat dari katil.
“Ya Allah! Kenapa dengan mak ni? Macamlah Biha ni duduk jauh sangat sampai mak nak terpekik terlolong macam itu!” kataku seraya memicit-micit pinggangku yang terasa sengal.
“Eh budak ni, memang nak kena piat telinga tu! Kita bercakap dengan dia sampai berbuih-buih mulut, dia buat-buat tak tahu pulak! Kau dengar tak?”
Kening dan dahiku terus berkerut-kerut cuba mengingati semula dialog panjang mak sebentar tadi.
“Dengar apa, mak?” soalku terus.
“Tengok! Lain kali, masa orang bercakap, dengar betul-betul! Kau ni dah nak jadi menantu orang, Biha. Kau mesti dengar baik-baik apa yang suami, ayah dan emak mertua kau cakap nanti.” Amarannya kedengaran.
“Hmm... Biha tahulah. Mak ni... saja aje nak buat Biha takut,” gumamku. “Biha dah biasa dengan mereka. Gerenti tak ada masalah punya.” Aku cuba berseloroh untuk mengambil hatinya.

Sunday, August 8, 2010
Friday, May 14, 2010
Selamat Hari Guru
Friday, April 30, 2010
Peace!
Subscribe to:
Posts (Atom)
My Profil
- dS
- Kota Kayangan, Wilayah Buana, Malaysia
- ~digelar Dewi Sukma di V Zuhrah, SMTU '88 ~penggemar novel cinta, misteri dsb ~suka b'khayal & b'borak sakan w'pun nampak mcm pendiam ~penulis novel remaja n cinta!