Tuesday, December 18, 2012

DS di Popular Aeon Bkt. Raja Klang

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Maaf, agak lama tinggalkan En.Blogger begitu aje. Harap tak ada yang berjauh hati... Hmm. Asyik berFB sepanjang masa, alahai! Okey, di sini Cik DS nak kongsi link. Aktiviti promosi novel terbaharu, Cinta Hati Cikgu Rabbit...[ http://penulisbersukaria.blogspot.com/2012/12/dinaz-salsabila-dan-jusco-aeon-bukit.html ] Jemputlah tengok. Jika sudi, tinggalkan jejak di ruang chat. Terima kasih & salam sayang semua!

Tuesday, October 23, 2012

Salam Rindu Cinta Hati DS

Bismillahirrahmanirrahim. Rindu-rindu-rindu! Lama sudah tak jengok blog Cik DS ini... Maaf banyak-banyak, cik puan rumah sibuk yang amat... Konon! Tentu semuanya dah maklum dengan kelahiran novel dewasa bertajuk, Cinta Hati Cikgu Rabbit. Sedikit info, wajah Cik DS dah masuk paper! Whoops, bukan paper betul tapi, berita di ruangan blogger... Penulis Sana Sini. TQVM, pezul (wartawan/penulis yang super gigih). Satu usaha murni & wajar diteruskan pada masa akan datang. Ini linknya, http://penulisanasini.blogspot.com/2012/10/cinta-hati-dinaz-salsabila-wajah.html Miliki novel CHCR secepat yang mungkin sebelum kehabisan stok... Sayang uols!

Saturday, May 5, 2012

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012, PWTC.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wr. wb. Terima kasih dan sejuta penghargaan kepada semua yang masih sudi mengunjungi blog ini.

Walaupun pesta buku kian hampir ke penghujung namun masih ada 1 hari lagi. Esok, Ahad 6 Mei 2012 merupakan hari terakhir. Justeru, belum terlambat untuk para peminat buku untuk mendapatkan buku-buku idaman anda dengan harga diskaun yang sangat menarik.

Jangan lupa dapatkan buku-buku karya Cik DS di sana ya.



Cik DS ambil sedikit kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembeli buku, Insyirah dan Angan-Angan. Semoga buku ini dapat membentuk anak-anak kita agar sentiasa berperibadi mulia.

Salam sayang...

DS

Insyirah dan Angan-Angan ~ Buku Prima

Insyirah dan Angan-angan

RM 9.90
ISBN: 978-967-0342-31-3
~48 hlm
Bahasa Melayu

Buku ini mengisahkan keletah Insyirah dan angan-angannya. Macam-macam yang dia mahu. Terlalu banyak! Tetapi, apa yang ada dalam angan-angannya itu?

Bukan tidak bagus berangan-angan cuma adakalanya akan membuatkan kita leka. Jadi adik-adik, mari ikuti kisah Insyirah di dalam buku comel ini.
Dipasarkan oleh Buku Prima, Grup Buku Karangkraf mulai pada 15 Mac 2012.
Powered By Blogger

My Profil

My photo
Kota Kayangan, Wilayah Buana, Malaysia
~digelar Dewi Sukma di V Zuhrah, SMTU '88 ~penggemar novel cinta, misteri dsb ~suka b'khayal & b'borak sakan w'pun nampak mcm pendiam ~penulis novel remaja n cinta!
©2007 '' Por Elke di Barros