Wednesday, April 1, 2009

Manuskrip Awal Remaja ke4

Hati Emas

Berjalan di tanah gersang
Mentari mencekam dada
Debu-debu di jalanan
Menjadi teman setia

Tiada lain tujuanku
Hati emas yang ku cari
Kisahnya di hujung dunia
Mengapa tak ku temui

Oh! terdengar suara halus
Bagai dengar dan menghilang
Katanya pulanglah oh! anakku
Ia tiada di sini

Kembara
Puas sudah ku mengembara
Ke mana perginya oh! cahaya
Mencari hati emas bukannya mudah
Di masa kini adakah kau peduli
Mungkinkah dikau miliki
Hati emas murni suci
Inginku menjadi sahabatmu
Hingga akhir hayat nanti

Kembara
Puas sudah ku mengembara
Ke mana perginya oh! cahaya
Mencari hati emas bukannya mudah
Mungkin selamanya takkan aku temui

Copyrigth © 1999 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)

Sebuah lagu lama nyanyian kumpulan Kembara yang dianggotai oleh anak-anak muda. Di antaranya, M.Nasir. Lagu ini pernah mendapat tempat di hati para peminat lagu pada zaman itu. Malah, tanpa dendangan irama muzik pun, sudah pasti kita boleh menyanyikannya!

Sehingga kini, liriknya masih tersemat di ruang minda DS. Dan, tajuk lagu ini telah menjadi tajuk manuskrip awal remaja ke4 yang masih lagi berada dalam penilaian pihak penerbit.

Kali ini, DS membawa kisah sebuah keluarga daif yang sentiasa diselubungi nasib malang. Satu per satu, krisis yang terpaksa dihadapi untuk terus men0ngkah arus kehidupan yang punya seribu satu pancaroba. DS rasa terpanggil untuk menulis kisah ini berdasarkan dari program TV3, Bersamamu.

Doa-doakanlah manuskrip ini lulus dan seterusnya diterbitkan ya, Amin!

2 comments:

UMAIRA DZUL WIDAD said...

salam k.DS.Nak jadi orang pertama yang doakan kat sini. Semoga berjaya ya, Amin!

dS said...

umaira dzul widad >
W'salam. Alhamdulillah. Doa dan sokongan spt inilah yang amat kak DS harapkan setelah berusaha sehabis tenaga demi menyudahkan manuskrip ini. Insya-Allah, jika berjaya ia merupakan satu bonus namun jika ditolak, inilah saatnya untuk kak DS beralih arah kpd penerbit yang lain pula. (sekadar mencuba nasib... hehe!)

My Profil

My photo
Kota Kayangan, Wilayah Buana, Malaysia
~digelar Dewi Sukma di V Zuhrah, SMTU '88 ~penggemar novel cinta, misteri dsb ~suka b'khayal & b'borak sakan w'pun nampak mcm pendiam ~penulis novel remaja n cinta!
©2007 '' Por Elke di Barros