Buku: Cincin puteri duyung
CINCIN Delima karya Dewi Sukma mengisahkan gelodak jiwa remaja, Qayyum yang melarikan diri untuk mencari kehidupan sebenar kerana dikongkong ibu bapa yang sibuk bekerja sehingga membawa kepada pertemuannya dengan puteri duyung, Gusti Dewi Delimasari di dasar lautan.
Novel terbitan KarnaDya Solutions Sdn Bhd setebal 163 halaman berharga RM 11.90 ini turut membongkar rahsia Tok Pah di sebalik perjanjian cincin delima lambang ikatan pertunangan antara cucunya Cikgu Zahim dan Siti Zulaikha yang menjadi penyebab wanita itu memutuskan ikatan kekeluargaan akibat kehilangan cincin berkenaan di lautan.
Bintang: **
Kisah budak nakal angan jadi Superman
Novel remaja terbitan KarnaDya Solutions Sdn Bhd setebal 148 halaman berharga RM10.90 senaskhah itu, memberi kekuatan kepada emosi remaja yang mengharungi zaman keremajaan penuh dengan segala suka duka sehingga mengukuhkan kasih sayang antara anak dan ibu bapa, sekali gus menjadikannya sesuai dibaca oleh remaja.
INFO: Supermanku
Pengarang: Nanie Safwan
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Halaman: 148 halaman
Harga: RM10.90 senaskhah
Bintang: ***
Nanie Safwan cedok pengalaman zaman kanak-kanak suami WAN Rosnani Wan Othman anak kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu pada 26 April 1963, mendapat pendidikan awal dan menengah di Sekolah Kebangsaan Duyung serta Sekolah Menengah Batu Baru, Terengganu sebelum melanjutkan pengajiannya ke Institut Pertanian, Ayer Hitam, Johor pada 1982. Beliau yang menggunakan nama pena seperti Mimie Afine dan Nanie Safwan serta bertugas di sebuah agensi kerajaan di Kuala Lumpur, mula terbabit dalam bidang penulisan pada 2003 lewat novel 'Bisikan Rindu'. Selepas kemunculan karya sulung itu, Wan Rosnani menghasilkan novel 'Masih Ada Rindu', 'Maafkanku Sayang', 'Tinggallah Pujaan' dan novel pendek (nopen) 'Biarlah Ku Sendiri' yang turut menghimpunkan koleksi tulisan beberapa penulis lain.
'Supermanku' adalah novel remaja pertama beliau yang diambil berdasarkan pengalaman zaman kanak-kanak suaminya dengan menyelitkan unsur konflik dalam plot yang berkisar remaja nakal. selain turut memaparkan unsur pengajaran kepada pembaca. Karya beliau yang disasarkan kepada pelajar sekolah itu, mengungkapkan kepentingan berusaha untuk mencapai kejayaan dan faktor dorongan ibu bapa yang turut memainkan peranan penting sebagai pembimbing anak ke arah kecemerlangan. Wan Rosnani yang turut gemar membaca karya penulis lain, lebih menumpukan penulisan bertemakan kekeluargaan dengan idea menarik yang turut diambil daripada pengalaman orang sekeliling, selain menyelitkan masalah keluarga yang sering dipaparkan di media cetak tetapi diolah secara kreatif dalam karya.