Tuesday, November 24, 2009

Karya DS Terbaru ~ Hati Emas


Sinopsis:
.
Tiba-tiba sahaja Syamel (Amel) si kaki bangku teringin menjadi bintang bola sepak kampung seperti abang-abangnya, Syahir dan Syafiq. Namun, malang tidak berbau - impiannya terkubur setelah dilanggar oleh lori pasir. Kini, dirinya sudah tidak sempurna lagi malah lagaknya tidak ubah seperti budak-budak kecil sahaja.
.
Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga - Syahir terpaksa berkorban demi keluarga. Atas desakan emosi, Syafiq pula terjebak dengan jenayah. Ibu mereka, Mak Cik Habsah mencari alternatif lain setelah bergelar ibu tunggal tanpa mengharapkan ihsan daripada sesiapa.
.
Damia dan papanya, Profesor Marzuki dengan secara tidak langsung telah terbabit sama dalam kemelut yang melanda. Damia membenci Firdaus, budak kampung yang suka berlagak hero. Dia juga menjadi penyebab kepada kecacatan Amel.
.
Berjayakah mereka harungi kehidupan yang kian mencabar? Ikutilah rentetan kisah hidup mereka yang tentunya terselit sketsa lucu yang mencuit hati. Tak sabar rasanya nak tengok Amel pulih semula, kan?

Monday, November 23, 2009

FP Terkini

Salam semua... Wah, cantiknya poster ni... Tahniah buat rakan-rakan DS!

Paling seronok ketika masuk web blog FP hari ni, terasa diri begitu dihargai dengan entri khas yang comel diiringi poster istimewa serta ucapan yang diterima daripada rakan-rakan penulis... Hmm... inilah memori paling indah dalam hidup DS!
Terima kasih dan semoga doa kalian dimakbulkan-Nya.

Thursday, November 12, 2009

Tuesday, October 27, 2009

Pesta Buku Antarabangsa KL 2010

Pesta buku lagi! Tentu semua pengunjung blog ini dah nampak poster ini ditampal di lain-lain blog. Hmm... macam tak percaya aje, sekejap betul! Penat hari tu pun belum hilang lagi. Namun semangat berpesta buku ini tetap kuat. Kalau tengok kat tarikh tu, macam dah cantik sebab diadakan pada penghujung cuti sekolah. Cuma, masalahnya DS dah ada rancangan lain pada cuti sekolah tahun depan bermula 13 Mac. Hmm... dapat ke DS bertandang ke PWTC nanti? DS ni dijemput ke tak sebagai penulis? Dan, masih ada ke yang nak jumpa DS? Alahai...
Sahutlah kempen kerajaan, 'Bangsa Membaca Bangsa Berjaya'.


Gambar DS di PWTC, 2009.

.

p/s: Tak lama lagi novel baru DS akan menemui para pembaca cilik, err... mak dan ayah pun boleh gak nak tumpang baca... hehe! Tajuk sementaranya, Hati Emas. Tunggu ya!

Monday, October 19, 2009

Ulasan Novel MKC

Salam.

Tadi DS jalan-jalan cari ilham ke ruang siber dan rasa teruja apabila menjumpai blog yang serba pink ini, http://ehemsz.blogspot.com. DS baca sekilas tajuk entri tersebut, 'Mekar Kelopak Cinta' lalu terus membaca ulasan penuh tuan punya blog, Erin.

Siap dibuat dua ruangan yang berbeza untuk 'Best jugak cerita nie... kisah cinta' dan 'tapi yang tak brapa bestnyer'. Terima kasih banyak-banyak untuk Erin sebab sudi baca dan letak ulasan yang membina kat blog Erin. Dengan secara tak langsung, Erin telah mempromosi novel ini kepada kawan-kawan dan pengunjung blog Erin.

Semoga Erin terus memberi sokongan kepada penulis 'muda' seperti Kak DS dan segala budi baik Erin hanya Allah swt yang dapat membalasnya.

Tuesday, October 13, 2009

Salam 25 Syawal 1430H

Salam semua. Di bulan Syawal ini, DS ada 2 berita baik tapi... belum boleh dikhabarkan sebelum mendapat hitam-putih. Tunggu ya!

Tuesday, September 15, 2009

Mewah Bahasa: Korek kendi

(Petikan dr BH Online)
Bersama Prof Madya Dr Nor Hisham Osman

PADA suatu hari Cikgu Regina membawa murid-muridnya melawat Muzium Negara....


Cikgu Regina: Murid-murid, di sini dipamerkan artifak-artifak yang telah ditemui oleh ahli arkeologi dari tapak bersejarah. Di tepi sana tu adalah kendi, sejenis bekas tempat mengisi air yang digunakan oleh orang zaman dulu.


Murid 1: Macam mana orang sekarang boleh dapat kendi tu, cikgu?


Cikgu Regina: Ahli arkeologi mengorek kawasan bersejarah dan jumpa di dalam tanah. Macam- macam mereka jumpa, tengoklah tu.


Murid2: Ooo, gitu ke cikgu! Itulah agaknya ada pantun yang kata "Yang korek kendi, yang merah saga. Yang baik budi, yang indah bahasa!"


Cikgu Regina: Tak betul tu! Bukan yang korek kendi....


Murid2: Kenapa tak betul pulak? Saya dengar dalam TV pun selalu pengacara cakap macam tu.


Murid3: Betul tu cikgu, saya pun pernah dengar orang dalam TV cakap macam tu. Lagipun cikgu yang cakap tadi yang kendi tu diperoleh dengan mengorek tanah. Betullah dengan pantun yang korek kendi, sebab nak dapatkan kendi, kita kena korek tanah!


Cikgu Regina: Ha! Ha! Ha! Tak betul semuanya! Sebenarnya kamu semua silap dengar tu! Itulah, saya dah nasihat banyak kali, banyakkan membaca jangan asyik tengok TV aje. Sebenarnya bukan yang korek kendi, tapi sebenarnya "yang kurik kundi", dapat dengar tak perbezaannya?! Kan ada beza tu, antara korek dengan kurik dan antara kendi dengan kundi.


Murid1: Kurik dan kundi tu apa cikgu? Saya tak pernah pun dengar orang guna perkataan tu.


Cikgu Regina: Kurik tu corak ... corak yang berbintik-bintik. Macam baju putih yang ada bintik-bintik hitam, kita panggil corak baju tu kurik.


Murid3: Ooo, corak ke?! Ingatkan gali lubang. Kundi tu apa pulak cikgu? Corak jugak ke?


Cikgu Regina: Kundi tu sejenis biji tumbuhan. Saiznya lebih kurang besar sikit daripada kacang hijau, tapi berwarna merah dan ada satu titik berwarna hitam. Itu yang dikatakan yang kurik kundi, sebab ada titik hitam tu, dibandingkan dengan biji saga. Kamu semua taukan macam mana rupa biji saga?


Murid: Tau cikgu, warna merah!


Cikgu Regina: Pandai pun, dengan itu dalam pantun tu menunjukkan perbezaan antara biji kundi dengan biji saga. Saiz kedua-duanya hampir sama, cuma saga besar sikit dan yang jelas berbeza adalah coraknya, yang kundi corak kurik, warna merah dan ada bintik hitam, saga pula merah keseluruhannya.


Murid2: Apa lagi perbezaan antara kundi dengan saga cikgu?


Cikgu Regina: Pokoknya pun berbeza, pokok saga pokok berbatang yang tinggi. Pokok kundi pula jenis menjalar yang memanjat. Oklah! Mari kita pergi ke bahagian lain pula, tentang pokok ni kamu semua boleh tanya guru sains masa di sekolah nanti. Kalau kita berbincang tentang ini saja, nanti tak habis muzium ni kita teroka. Jom!!


Murid: Jomm! Kita ikut orang yang pakai baju kurik tu ....

Nota:
Kolum Mewah Bahasa memperlihatkan adanya beberapa cara untuk menyampaikan sesuatu konsep yang sama dengan perkataan berbeza disebabkan perbezaan slanga, dialek, taraf sosial dan generasi. Dialog menggunakan dialek dan bahasa pertuturan yang mungkin tidak sama dengan tatabahasa baku. Prof Madya Dr Nor Hisham Osman adalah Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM).

Friday, August 21, 2009

Thursday, August 13, 2009

Popular Book Fest 2009


Tarikh: 22 - 31 Ogos 2009
Masa: 10.00 pagi - 10.00 malam
Tempat: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Temui penulis Eny Ryhanna, Bikash Nur Idris & Rehal Nuharis
Tarikh: 23 Ogos 2009
Masa: 2.00 - 2.45 petang

Wednesday, July 22, 2009

Wednesday, July 8, 2009

Tuesday, June 2, 2009

READ MALAYSIA 2009

Dapatkan novel-novel FP di Read Malaysia 2009


Tempat: MIECC, Mines Resort City
Tarikh: 29 Mei - 7 Jun 2009
Waktu: 11.00 pagi - 10.00 malam
Nombor Gerai: B17-B22

Sunday, May 24, 2009

Monday, May 18, 2009

Wednesday, May 13, 2009

Award 2009 oleh Hafirda

Yeay! Terima kasih, Fida!
Award ni Kak DS simpan sendirilah memandangkan kenkawan kita yang lain dah pun dapat.. hmm.. kalau ada sesiapa yang berkenan, amiklah tapi jangan lupa tinggalkan jejak dulu ya!

Monday, April 27, 2009

Status manuskrip ke4

Syukur Alhamdulillah, 10 April lepas pihak penerbit dah hantar emel maklum balas, nampaknya manuskrip ke-4 ini telah pun dilihat dan seterusnya dinilai oleh panel-panel yang dilantik. Secara tak langsung, statusnya LULUS tapi bersyarat.

Pada pendapat mereka, terdapat beberapa situasi dan watak yang kurang sesuai atau pun tak logik. Sebetulnya, tak kiralah jika kita dah tulis banyak buku tapi jika tak berhati-hati ketika mencipta sesuatu watak, maka akan mencacatkan jalan cerita tersebut.

Mungkin cara penulisan kita tak sama. Macam DS, suka benar menulis berdasarkan imaginasi yang terlampau. Kononnya, ada seorang budak kecil yang memiliki kuasa luar biasa! Hai... memanglah tak logik langsung!

Justeru, novel ini bakal dipasarkan ke sekolah-sekolah sebaiknya cerita yang ingin ditulis berlandaskan kepada fakta dan bukannya auta semata-mata. Bimbang juga jika cerita itu kelak mempengaruhi fikiran kanak-kanak yang sedang masuk ke alam akil baligh.

Buat masa ini, DS sedang berusaha untuk menyemak semula manuskrip ini, tambah sub-plot kira-kira 20K word counts, di samping memperbaiki lagi jalan cerita agar lebih mantap dan menarik, insya-Allah.

Thursday, April 16, 2009

Monday, April 6, 2009

Sesi bertemu penulis FP

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2009
PWTC
*****
17-26 April 2009
*****
Berkunjunglah ke Booth FP:
3026, 3027, 3042 & 3043
(Dewan Tun Razak 3)
*****
Sesi bertemu penulis FP:
*****
18 April 2009
*****
- Cempaka Meerniz
- Ebriza Aminnudin
- Sofieza Isqandar
- Suria Areesya
- Mahizan Husain
- Wannie Nordin
*****
19 April 2009
*****
- Fateen Najwa
- Dinaz Salsabila
- Qaseh Qaisara
- Ellise Gee
- Eny Ryhanna
- Romibaiduri Zahar
*****
25 April 2009
*****
- Sarnia Yahya
- Nor Rafishah Md. Hassan
- Anita Aruszi
- Umaira Dzul Widad
- Siti Rozilah
*****
26 April 2009
*****
- Rehal Nuharis
- Hafirda Afiela
- Ezi Afiza

Wednesday, April 1, 2009

Manuskrip Awal Remaja ke4

Hati Emas

Berjalan di tanah gersang
Mentari mencekam dada
Debu-debu di jalanan
Menjadi teman setia

Tiada lain tujuanku
Hati emas yang ku cari
Kisahnya di hujung dunia
Mengapa tak ku temui

Oh! terdengar suara halus
Bagai dengar dan menghilang
Katanya pulanglah oh! anakku
Ia tiada di sini

Kembara
Puas sudah ku mengembara
Ke mana perginya oh! cahaya
Mencari hati emas bukannya mudah
Di masa kini adakah kau peduli
Mungkinkah dikau miliki
Hati emas murni suci
Inginku menjadi sahabatmu
Hingga akhir hayat nanti

Kembara
Puas sudah ku mengembara
Ke mana perginya oh! cahaya
Mencari hati emas bukannya mudah
Mungkin selamanya takkan aku temui

Copyrigth © 1999 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)

Sebuah lagu lama nyanyian kumpulan Kembara yang dianggotai oleh anak-anak muda. Di antaranya, M.Nasir. Lagu ini pernah mendapat tempat di hati para peminat lagu pada zaman itu. Malah, tanpa dendangan irama muzik pun, sudah pasti kita boleh menyanyikannya!

Sehingga kini, liriknya masih tersemat di ruang minda DS. Dan, tajuk lagu ini telah menjadi tajuk manuskrip awal remaja ke4 yang masih lagi berada dalam penilaian pihak penerbit.

Kali ini, DS membawa kisah sebuah keluarga daif yang sentiasa diselubungi nasib malang. Satu per satu, krisis yang terpaksa dihadapi untuk terus men0ngkah arus kehidupan yang punya seribu satu pancaroba. DS rasa terpanggil untuk menulis kisah ini berdasarkan dari program TV3, Bersamamu.

Doa-doakanlah manuskrip ini lulus dan seterusnya diterbitkan ya, Amin!

Monday, March 30, 2009

Pesta Buku Antarabangsa KL 2009


PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2009
PWTC
Berkunjunglah ke booth,
Fajar Pakeer :
3026, 3027, 3042 & 3043
(Dewan Tun Razak 3)
KarnaDya :
45, 46, 47, 48
(Dewan Tun Hussien Onn)

Tuesday, February 24, 2009

Friday, February 20, 2009

Koleksi KarnaDya

Salam. Inilah koleksi novel-novel KarnaDya yang berada dalam rak buku DS sehingga Feb'09. Ada beberapa buah novel lagi yang telah dipinjam oleh anak saudara. Tak tahulah bila dia nak pulang atau pun terus disimpan macam hak sendiri... huu huu!

Thursday, February 12, 2009

Purnama

Tak pernah tengok purnama sebesar ini, cantik! Terserlah kelembutannya dan melengkapi perjalanan hidup kita semua yang hanya bersifat sementara...
Powered By Blogger

My Profil

My photo
Kota Kayangan, Wilayah Buana, Malaysia
~digelar Dewi Sukma di V Zuhrah, SMTU '88 ~penggemar novel cinta, misteri dsb ~suka b'khayal & b'borak sakan w'pun nampak mcm pendiam ~penulis novel remaja n cinta!
©2007 '' Por Elke di Barros